Exclusive Pumping Mother (EPMOM)
Masa lahirkan baby dulu, baby kena stay di nicu untuk semalam sebab lemas dan mamanya demam. So takut ada apa-apa infection pada baby. Masa tu pihak nicu minta kebenaran nak bagi fm. Sis izinkan je. Sis pon dah lemah sangat lepas bersalin since hilang 800ml darah. Esoknya baru dapat tidur dengan baby dan baby pulak jenis nak menyusu ja. Memang menempel ja la dengan baby sepanjang stay kat ward.
Bila balik rumah, baby tak boleh tidur sebab nak menyusu lagi. So, pukul 1 pagi, daddynya pergila beli susu formula. Yang ada masa tu dutchbaby. Lepas minum susu baru elok tidur. Lepas tu, sis pun campur-campur. Kalau sis sempat dan rajin pam, sis pam. Kalau tak, bancuh ja la. Sebenarnya masa dalam pantang, baby lagi banyak minum fm. Salah satu faktornya sebab baby mesti mengamuk-ngamuk bila df. Jadi, kadang-kadang sis give up. Ada sekali tu, sis makan ubat lepas bersalin. Ubat homepati. Nampak baby macam cirit-birit. Sis bagilah minum fm sepenuhnya hari tu. Tapi dia macam nak df pulak. Tak sampai hati tengok dia toleh-toleh. Jadi, sis pun bagi baby df. Sampai baby umur dua bulan, baby ada df jugak kadang-kadang. Tapi macam lebih banyak bagi susu badan berbanding susu formula sebab dah bijak sikit. Sebelum baby dua bulan, sis cuba pam 2 jam sekali untuk banyakkan susu. Tengah-tengah malam pun bangun jugak pam. Kena make sure bangun sebelum baby nak susu.
Bila dah mula kerja, sis selalu pam 3 kali kat office. Kalau tak sibuk sangat, sis pam 4 kali. Sejak tu, baby dah tak nak fm. Jadi, sis gigih pam untuk cukupkan susu bekal ke rumah babysitter. Ok ni sis tunjuk sikit jadual pam sis.
Sesi 1 : 4.00 pagi (kena bangun awal sebab pukul 5.30 dah keluar rumah)
Sesi 2 : 8.00 pagi (sampai office terus pam)
Sesi 3 : 11.00 pagi
Sesi 4 : 2.00 petang
Sesi 5 : 8.00 malam (ni gap jauh sebab sis habis kerja pukul 5. then naik tren. susah nak pam dalam tren. Sampai rumah dah 7.30. Kadang-kadang pukul 4.00 petang pam lagi sekali. Bergantung pada sempat atau tak)
Sesi 6 : 10 malam (Ni sesi akhir)
Kalau baby nak susu malam-malam selalunya guna susu dari chiller je. Dah keluarkan awal-awal untuk bagi susu dalam keadaan suhu bilik. Tapi selalunya bila period, susu akan drop. So terpaksala pam jugak malam-malam.
Kalau travel, memang kena bawak pam ke sana ke sini. Susu dalam cooler bag pun bawak jugak.
Perjalanan jadi epmom ni sebenarnya agak memenatkan. Tapi demi anak tersayang. kadang-kadang dengar jugak ada mulut-mulut yang bercakap benda yang tak suka nak dengar macam "kenapa pam? baby tak pandai hisap ye?" ..hmmm.. ada jugak yang berpendapat bila baby menyusu guna botol, nanti baby tak rapat dengan kita. SALAH sama sekali. Baby sis manja sangat dengan sis. Kalau ada sis, orang lain tak laku dah. The best moment jadi epmom ni adalah bila tengah pam baby pun kalut la tarik-tarik. Suka betul dia dengan tiup dan wayar-wayar. Ye! memang bahaya. Always under my supervision. Don't worry ya.
Di sudut hati yang terdalam sebenarnya sis rasa terkilan sebab tak berusaha sungguh-sungguh untuk df baby. Tapi Allah maha kaya. Ada hikmah sis jadi epmom.

Comments
Post a Comment